China rekod penemuan rizab minyak, gas 40 juta meter padu

Terletak kira-kira 170 kilometer dari wilayah Tianjin, rizab minyak itu terbukti mempunyai lebih 200 juta meter padu minyak dan gas. Foto REUTERS
Terletak kira-kira 170 kilometer dari wilayah Tianjin, rizab minyak itu terbukti mempunyai lebih 200 juta meter padu minyak dan gas. Foto REUTERS
A
A
A

CHINA ini menemui kawasan minyak batu metamorfik terbesar di dunia di Laut Bohai baru-baru ini.

Menurut China National Offshore Oil Corporation (CNOOC), kawasan itu menyimpan jumlah minyak dan gas yang memecahkan rekod rizab gas, melebihi 40 juta meter padu.

Semasa penerokaan penggerudian, jurutera menemui lapisan minyak dan gas sedalam 118 meter.

Purata pengeluaran minyak harian dijangka melebihi 390 meter padu, manakala pengeluaran gas melebihi 50,000 meter padu, mencatatkan rekod dalam kapasiti ujian penghasilan minyak yang baru ditemui.

Terletak kira-kira 170 kilometer dari wilayah Tianjin, rizab minyak itu terbukti mempunyai lebih 200 juta meter padu minyak dan gas.

Timbalan Pengurus Besar Perbadanan Minyak Luar Pesisir Nasional China cawangan Tianjin, Zhou Jiaxiong berkata, projek ini mempunyai manfaat sosial dan ekonomi yang ketara.

Ini kerana berdasarkan kadar penggerudian dan kutipan biasa, minyak Bohai 26-6 dianggarkan mempunyai rizab minyak mentah melebihi 30 juta meter padu.

Apabila ia ditapis menjadi petrol, jumlah ini dapat memenuhi keperluan pengangkutan harian bagi sebuah bandar dengan sejuta penduduk selama lebih 20 tahun.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, ia boleh menghasilkan lebih 11 bilion meter padu gas asli, menyediakan bekalan gas kediaman untuk bandar dengan sejuta penduduk selama lebih 60 tahun.

Lapisan simpanan minyak dan gas terletak pada beribu-ribu meter di bawah air laut dan terutamanya terdiri daripada batuan metamorf, sejenis batu yang terbentuk oleh ubah bentuk tektonik, aktiviti magmatik atau aliran haba dalam kerak bumi.

Penemuan yang menggalakkan itu adalah hasil daripada kemajuan China dalam teknologi penerokaan gas minyak bebas.

Lebih 80 telaga yang digerudi oleh beberapa syarikat minyak antarabangsa terkenal di wilayah berdekatan sebelum ini semuanya gagal membuat penemuan penting. - Awani

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!