Kupon parkir masih boleh guna di Perak

Ahmad Faizal
Ahmad Faizal
A
A
A

IPOH - Kerajaan negeri menepis dakwaan satu laman blog berhubung tiada lagi kupon parkir digunakan di Perak yang telah menimbulkan kesukaran kepada orang ramai.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, sistem e-parking Park@Perak yang diperkenalkan sejak 1 Januari lalu adalah alternatif baharu diperkenalkan bagi memudahkan pengguna.

"Isu ini mendapat komen negatif netizen susulan status yang dimuat naik blog terbabit tular di laman sosial baru-baru ini. Perlu difahamkan, aplikasi itu adalah pilihan dan tidak bermakna penggunaan kupon telah dihentikan.

"Antara kebaikannya adalah tidak perlu tercari-cari kedai menjual kupon, tidak perlu ke kereta untuk membuat bayaran tambahan, menjimatkan masa serta mengurangkan penggunaan kertas yang tentunya mendatangkan kesan baik terhadap alam sekitar," katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, kerajaan negeri komited melaksanakan pembaharuan bagi memberi kemudahan kepada rakyat.

"Dalam masa sama tetap mengambil kira tahap kesesuaian dan kesannya kepada rakyat secara menyeluruh.

"Atas faktor itu, kerajaan negeri sama sekali tidak akan mengambil tindakan yang dilihat memudahkan sesetengah pihak tetapi mendatangkan kepayahan kepada golongan lain pula," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!