Tanzania: 25 maut, 21 cedera dalam kemalangan jalan raya

Sekurang-kurangnya 25 orang, termasuk warga asing terbunuh dan 21 lagi cedera dalam kemalangan jalan raya di wilayah Arusha, utara Tanzania. Foto Xinhua
Sekurang-kurangnya 25 orang, termasuk warga asing terbunuh dan 21 lagi cedera dalam kemalangan jalan raya di wilayah Arusha, utara Tanzania. Foto Xinhua
A
A
A

MOSCOW - Sekurang-kurangnya 25 orang, termasuk warga asing terbunuh dan 21 lagi cedera dalam kemalangan jalan raya di wilayah Arusha, utara Tanzania, menurut media tempatan pada Ahad, lapor Sputnik.

Siasatan awal menunjukkan bahawa kejadian itu berlaku akibat kegagalan sistem brek sebuah trak, menyebabkan ia melanggar tiga kenderaan lain, lapor akhbar The Citizen.

Seramai 11 daripada yang maut adalah wanita, termasuk seorang kanak-kanak perempuan.

Kemalangan itu melibatkan warga asing daripada pelbagai negara, termasuk Kenya, Togo, Madagascar, Burkina Faso, Afrika Selatan, Nigeria, Amerika Syarikat, Switzerland dan United Kingdom. - Bernama-Sputnik                         

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!