Peniaga belut maut, gerai dirempuh kereta

Rohaya memangku anak bongsunya sambil menunjukkan gambar arwah suami ketika ditemui di Unit Perubatan Forensik Hospital Pasir Mas.
Rohaya memangku anak bongsunya sambil menunjukkan gambar arwah suami ketika ditemui di Unit Perubatan Forensik Hospital Pasir Mas.
A
A
A

PASIR MAS - Seorang peniaga belut maut selepas gerai miliknya dirempuh oleh sebuah kenderaan yang dipercayai cuba memotong dalam kejadian di Kampung Padang Licin, Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang pada Isnin.

Dalam kejadian jam 5 petang itu mangsa, Mohd Arif Said, 44, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.

Isterinya, Rohaya Abdullah, 45, berkata, sebelum kejadian arwah suami ada menunjukkan perubahan sikap namun tidak menyedarinya.

Mayat mangsa dibedah siasat di Unit Perubatan Forensik Hospital Pasir Mas.
Mayat mangsa dibedah siasat di Unit Perubatan Forensik Hospital Pasir Mas.

"Suami seorang periang dan suka bercerita kepada saya dan anak-anak. Namun, sejak kebelakangan ini, dia banyak mendiamkan diri.

"Paling saya terasa apabila suami langsung tidak menghiraukan ajakan kami untuk mencari kelengkapan persekolahan.

"Jika sebelum ini dia lah yang paling beria bila melibatkan kepentingan anak-anak," katanya ketika ditemui di Unit Perubatan Forensik Hospital Pasir Mas, di sini.

Rohaya yang mempunyai tiga anak berusia tiga hingga 10 tahun itu, mengakui masih terkejut dengan kejadian tersebut.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, suami akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Sangkut selepas selesai urusan pengebumian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!