Tun Laila tidak lokek kongsi ilmu undang-undang

Tun Laila mempunyai lebih 760,000 pengikut di media sosial.
Tun Laila mempunyai lebih 760,000 pengikut di media sosial.
A
A
A

SHAH ALAM - Pempengaruh yang dikenali sebagai Tun Laila mengakui pernah menerima tohmahan dan kecaman daripada pengguna media sosial beberapa kali pada permulaan kariernya sebagai peguam pelatih hanya kerana sering berkongsi mengenai sistem perundangan negara.

Bagaimanapun, beliau kini yang sudah bergelar peguam berkata, disebabkan minat yang terlalu mendalam dalam bidang tersebut membuatkannya tidak mahu berhenti menyampaikan maklumat.

Tun Laila atau nama sebenarnya Tun Laila Tun Rafaee, 26, memasuki bidang berkenaan setelah berjaya mendapat gelaran peguam selepas tamat pengajian dalam jurusan Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

“Masalah melibatkan undang-undang bukan mudah atau ‘straight forward’, jadi banyak perkara perlu diteliti termasuk fakta dalam sesuatu kes.

“Undang-undang yang terpakai dalam fakta kes terbabit boleh memakan masa yang agak lama untuk difahamkan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Pempengaruh di aplikasi TikTok itu memperoleh sekurang-kurangnya 300,000 tontonan setiap video dan diikuti lebih 760,000 pengikut di media sosial berkenaan.

Tun Laila sering berkongsi mengenai sistem perundangan negara.
Tun Laila sering berkongsi mengenai sistem perundangan negara.

Ditanya mengenai perbezaan sebelum dan selepas bergelar pempengaruh, Tun Laila akui dapat mengenali dengan lebih ramai orang dan belajar banyak perkara serta menimba ilmu daripadanya.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, ia memberi kesedaran ketika proses pembelajaran untuk terus merendah diri dengan orang ramai.

Menurut Tun Laila lagi, perkongsian maklumat menerusi media sosial menjadikan asbab kepada orang ramai lebih celik mengenai undang-undang walaupun hanya perkara asas.

“Kalau dulu memang saya buat video dan muat naik di media sosial sebagai hobi, tetapi sekarang saya memang buat video berkenaan undang-undang dengan niat agar kita semua lebih celik mengenainya.

“Insya-ALLAH, kalau tiada aral melintang, saya tetap akan terus membuat video sebagai rujukan semua orang,” ujar beliau.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!