Iran sudah takut: Trump

Donald Trump
Donald Trump
A
A
A

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump percaya Iran tidak menunjukkan sebarang tanda meneruskan tindakan ketenteraan susulan serangan roket ke atas markas udaranya di Iraq semalam.

Trump percaya, ia petanda yang baik buat semua pihak.

Pada masa sama, Trump meneliti beberapa tindakan susulan termasuk mengenakan sekatan ekonomi sehingga Iran 'mengubah perangainya'.

"AS mempunyai kekuatan ketenteraan dan ekonomi yang hebat. Saya tidak akan menggunakannya kecuali terpaksa," katanya.

Sementara itu, Trump mengesahkan tiada rakyatnya yang terkorban mahupun cedera dalam serangan Iran di Iraq.

"Tentera kita selamat dan hanya beberapa kerosakan kecil dilaporkan di pangkalan tentera dan tentera kita sudah bersedia untuk berdepan sebarang kemungkinan,” jelas Trump.

Teheran sebelum ini mengumumkan serangan peluru berpandu terhadap kedudukan AS di Iraq membunuh 80 anggota tentera Amerika.

Dalam serangan awal pagi itu, sekurang-kurangnya 12 peluru berpandu disasarkan terhadap markas udara al-Asad dan Erbil di Iraq.

Artikel Berkaitan:

Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC) mengesahkan mereka melancarkan serangan bagi membalas dendam atas kematian komander tertinggi pasukan itu, Leftenan Jeneral Qasem Soleimani dalam serangan dron AS di Iraq Jumaat lalu. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!