Dewan Rakyat rakam takziah kepada keluarga Taib Mahmud

Johari
Johari
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat pada Selasa merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud yang meninggal dunia Rabu lalu.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, pemergian pemimpin politik berpengaruh itu merupakan kehilangan besar bukan sahaja kepada rakyat Sarawak tetapi juga negara secara keseluruhannya.

“Pada kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud. Semoga ALLAH SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan bersama orang-orang beriman,” katanya di Dewan Rakyat.

Allahyarham Abdul Taib, 87 tahun meninggal dunia pada kira-kira jam 4.40 pagi di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur Rabu lalu selepas kira-kira seminggu menerima rawatan di bangunan fasiliti berkenaan.

Jenazah Allahyarham kemudiannya disemadikan dalam upacara pengebumian negeri di Tanah Perkuburan Demak Jaya, Sarawak petang Khamis.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!