Nak ke sekolah tapi tiba di Woodlands
Foto: Trevallog
A
A
A
Kisah lucu itu dikongsi di laman web Reddit setelah seorang guru mengucapkan terima kasih atas bantuan Pasukan Polis Singapura (SPF) kerana membantu menghantar pelajarnya dari Pusat Pemeriksaan Woodlands, Singapura ke sekolah semula.
Insiden itu dikongsi pada hari Isnin lalu ketika pelajar terbabit menaiki bas SBS 170 dengan laluan ke Terminal Larkin di Johor Bahru.
Sebelum tiba ke Terminal Larkin, bas itu akan melalui beberapa sekolah di sepanjang Bukit Timah hingga ke kawasan Woodlands dan ia adalah laluan harian pelajar tersebut.
Sebaik tiba di Pusat Pemeriksaan Woodlands, pelajar itu tersedar, namun masih dalam keadaan mamai terus beratur menuju ke kaunter imigresen.
Tidak memiliki pasport, pelajar itu hanya menunjukkan pas pelajarnya kepada pihak berkuasa sebelum SPF datang untuk membantu pelajar yang malang itu dan kemudian membawanya pulang ke sekolah.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!