Parlimen Hungary lulus bidaan Sweden sertai Nato

Sweden secara rasmi akan menjadi ahli ke-32 perikatan itu pada sidang kemuncak NATO seterusnya di Washington DC pada Julai. - Foto: Xihuan
Sweden secara rasmi akan menjadi ahli ke-32 perikatan itu pada sidang kemuncak NATO seterusnya di Washington DC pada Julai. - Foto: Xihuan
A
A
A

BUDAPEST - Ahli Parlimen Hungary pada Isnin meluluskan rang undang-undang mengenai usaha Sweden untuk menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), lapor Xinhua.

Seramai 194 daripada 199 Ahli Parlimen (MP) Hungary mengambil bahagian dalam pengundian dengan 188 undi menyokong manakala enam lagi menentang.

"Kerjasama ketenteraan Sweden-Hungary dan penyertaan Sweden dalam NATO mengukuhkan keselamatan Hungary," kata Perdana Menteri Hungary, Viktor Orban sebelum agenda parlimen.

Dengan ratifikasi itu, Hungary menjadi negara terakhir daripada 31 negara anggota NATO yang meluluskan bidaan Sweden untuk menyertai pakatan tentera berkenaan selepas Parlimen Turkiye meratifikasi penyertaan negara Nordik itu pada 23 Januari.

Sweden secara rasmi akan menjadi ahli ke-32 perikatan itu pada sidang kemuncak NATO seterusnya di Washington DC pada Julai.

Rang undang-undang itu masih perlu ditandatangani oleh Presiden Hungary Tamas Sulyok yang baru dipilih untuk menjadi undang-undang.

Sementara itu, ratifikasi Parlimen Hungary disambut baik oleh Perdana Menteri Sweden Ulf Kristersson yang menyifatkannya sebagai "hari bersejarah" selain menyatakan kesediaan negara berkenaan untuk memikul tanggungjawabnya terhadap keselamatan Euro-Atlantik. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!