Lagi serangan roket di Zon Hijau di Iraq

Kedutaan AS di Baghdad terus menjadi sasaran serangan balas sejak beberapa hari lalu. -Agensi
Kedutaan AS di Baghdad terus menjadi sasaran serangan balas sejak beberapa hari lalu. -Agensi
A
A
A

BAGHDAD - Zon Hijau di ibu negara Iraq yang menempatkan Kedutaan Amerika Syarikat dan konsulat asing sekali lagi menjadi sasaran serangan selepas ketegangan semakin memuncak di Asia Barat.

Dua roket Katyusha didakwa dilancarkan ke kawasan tersebut dan salah satu daripadanya dikatakan jatuh pada jarak 100 meter ketika kejadian pada tengah malam tadi yang turut mencetuskan bunyi siren keselamatan di zon berkenaan.

Polis Iraq mengesahkan tiada kematian dilaporkan dalam insiden tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Iran mengaku lancar serangan balas ke atas AS

Ketegangan Iran-AS semakin memuncak

Serangan itu berlaku hampir 24 jam selepas Iran melancarkan 22 misil balistik ke atas pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Ain al-Asad dan bandar Erbil.

Difahamkan, ia adalah serangan balas dendam terhadap kematian pemimpin militia Unit Mobilisasi Popular (PMU), Abu Mahdi al-Muhandis yang turut terkorban bersama komander Pasukan Pengawal Revolusi Iranc(IRGC), Leftenan Jeneral Qasem Soleimani pada Jumaat lalu.

Sebelum ini, AS menuduh PMU yang turut dikenali sebagai Hashed al-Shaabi sebagai dalang siri serangan roket ke atas kedutaan mereka di Baghdad dan pangkalan yang menempatkan tentera dari negara Uncle Sam tersebut.

Semalam, PMU berikrar mereka juga akan menuntut bela atas serangan dilancarkan AS di bawah arahan Presiden Donald Trump. - AFP

ARTIKEL BERKAITAN: Soleimani dibunuh untuk 'hentikan peperangan', kata Trump

Jenazah Soleimani selamat disemadikan

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!