Tiga cedera dalam kebakaran empat rumah

Empat rumah musnah dalam kebakaran di Tanjung Bendahara pada Selasa. Foto JBPM Kedah
Empat rumah musnah dalam kebakaran di Tanjung Bendahara pada Selasa. Foto JBPM Kedah
A
A
A

ALOR SETAR - Tiga individu termasuk dua warga emas nyaris maut dalam kebakaran empat buah rumah di Tanjung Bendahara di sini pada Selasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja, Penolong Penguasa Bomba Wan Azizul Hakim Wan Jaafar berkata, ketiga-tiga mangsa hanya cedera ringan selepas berjaya menyelamatkan diri dengan keluar dari rumah ketika api marak.

Beliau berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian tersebut pada jam 12.01 tengah hari sebelum sepasukan anggota BBP Jalan Raja, BBP Alor Setar dan BBP Pendang digerakkan ke lokasi kejadian bersama jentera.

"Setiba di lokasi didapati kebakaran melibatkan empat rumah dengan peratusan kebakaran masing-masing antara 80 hingga 95 peratus.

"Kebakaran turut menyebabkan seorang lelaki warga emas berusia 77 tahun, wanita warga emas berusia 75 tahun dan pembantu rumah berusia 44 tahun cedera ringan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurut beliau, ketiga-tiga mangsa telah diberikan rawatan awal oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

Katanya, kebakaran berjaya dikawal pada jam 12.28 tengah hari dan tindakan pemadaman sepenuhnya sedang dilakukan.

Tambahnya, operasi turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kampung Berjaya, PBS Jalan Kundur dan PBS Seberang Nyonya.

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!