MP Pendang wakil rakyat pertama diarah keluar dewan

Awang
Awang
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sehari selepas Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menitahkan semua ahli Parlimen dan Dewan Negara menjaga adab dan tatatertib, selain menggunakan pertuturan yang sopan, Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim menjadi wakil rakyat pertama diarah keluar dewan.

Arahan keluar dewan selama empat hari bermula pada Selasa tersebut dibuat Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul susulan kegagalan bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia itu mematuhi Peraturan Mesyuarat.

Terdahulu, sesi petang hari pertama Dewan Rakyat kecoh susulan tindakan blok pembangkang membantah usul untuk Perdana Menteri menzahirkan ucapan tahniah dan ikrar taat setia kepada Sultan Ibrahim.

AKAN MENYUSUL

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!