Restoran Chandat@Terapung sediakan hidangan laut segar

Suhaimi (dua dari kiri) merasmikan Restoran Chandat@Terapung sambil disaksikan oleh Azlina (tiga dari kiri).
Suhaimi (dua dari kiri) merasmikan Restoran Chandat@Terapung sambil disaksikan oleh Azlina (tiga dari kiri).
A
A
A

RESTORAN Chandat@Terapung menyediakan pelbagai hidangan makanan laut (seafood) segar dengan harga yang berpatutan terutama bagi mereka yang tinggal di sekitar Lembah Klang.

Ketua Pegawai Eksekutif SACC Convec Sdn Bhd (SCSB), Azlina Amran berkata, restoran tersebut mengetengahkan makanan laut dan menjadikan sotong sebagai hidangan istimewa dan ‘signature dish’.

Menurut Azlina, pelbagai hidangan berasaskan seafood disediakan di Chandat dan kebanyakannya menekankan teknik masakan bakar dan masakan lain yang semestinya dihasilkan oleh cef berpengalaman.

Antara hidangan istimewa yang terdapat di Restoran Chandat@Terapung yang terletak di Seksyen 14, Shah Alam.
Antara hidangan istimewa yang terdapat di Restoran Chandat@Terapung yang terletak di Seksyen 14, Shah Alam.

“Chandat@Terapung menyediakan masakan sotong istimewa yang disumbat dengan beberapa jenis bahan seperti sotong sumbat bergedil, sotong sumbat terung bakar, dan sotong sumbat kelapa yang direka khas oleh cef kami,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Perasmian Pembukaan & Prebiu Ramadan Chandat@Terapung yang diadakan di restoran itu, di Seksyen 14, Shah Alam, Selangor pada Isnin.

Hadir merasmikan program itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif PKNS merangkap Ahli Lembaga Pengarah SCSB, Suhaimi Kasdon.

Azlina berkata, sempena dengan pembukaan restoran tersebut, Chancat@Terapung mengadakan pelbagai promosi menarik antaranya set makan tengah hari serendah RM14.90, percuma 1,000 peket cookies dan pemberian diskaun RM50 bagi pelanggan yang menikmati makanan di Chandat dengan jumlah minimum jumlah bil RM200.

Artikel Berkaitan:

“Restoran ini juga menyediakan menu minum petang bermula jam 3 petang sehingga 6 petang pada setiap Sabtu, Ahad dan cuti umum dengan menyajikan menu cucur udang Chandat, cucur ikan bilis, colek-colek seafood dan keropok lekor,” kata Azlina.

Antara signatur hidangan yang terdapat di restoran Chandat@Terapung.
Antara signatur hidangan yang terdapat di restoran Chandat@Terapung.

Sementara itu, Azlina berkata, sempena kedatangan Ramadan, restoran itu menyediakan bufet Ramadan bermula dari 15 Mac hingga 7 April dan mereka boleh mendapatkan tiket awal dengan harga RM118 sahaja.

“Pada hari biasa, harga yang kami kenakan RM138 untuk orang dewasa manakala kanak-kanak dan warga emas pula RM68. Mereka boleh menikmati juadah berbuka puasa yang terdiri daripada aneka masakan makanan laut dan pilihan gerai-gerai makanan yang semestinya memikat selera anda,” kata Azlina.

Beliau berkata, Chandat@Terapung menyediakan ruang yang selesa dan boleh memuatkan 200 tetamu dalam satu masa, malahan tetamu juga boleh menikmati hidangan yang lazat sambil melihat persekitaran tasik yang mendamaikan.

Mengulas lanjut, Azlina berkata, nama restoran tersebut dipilih menerusi satu pertandingan yang dianjurkan oleh pihak SCSB dan salah seorang peserta telah memberikan nama Chandat.

“Salah seorang kakitangan kami telah memberikan nama Chandat dengan menceritakan kisah pada zaman kanak-kanaknya yang mencandat sotong bersama ayah dan bapa saudaranya.

"Menariknya, dengan mencandat sotong beliau memperolehi pendapatan yang lumayan,” ujar Azlina.

Restoran Chandat@Terapung adalah di bawah kendalian SCSB bersama anak syarikatnya iaitu SACC Food Chain Sdn Bhd (SFCSB).

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!