Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Ketua Ayahanda Harimau Kumbang, empat ahli didakwa

27 Februari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 27 FEBRUARI 2024

Seorang peniaga yang digelar Ayahanda Husin didakwa di Mahkamah Majistret Dungun, Terengganu pada Selasa atas pertuduhan menguruskan satu pertubuhan haram iaitu Ayahanda Harimau Kumbang.

Tertuduh, Husin Hassan, 40, tidak mengaku bersalah dan mohon dibicarakan selepas tuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Nur Amira Fatihah Osman.

Mengikut pertuduhan pertama, Husin telah mengurus satu pertubuhan yang tidak berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 iaitu Pertubuhan Kebajikan Selendang Merah Malaysia (Ayahanda Harimau Kumbang).

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan tertuduh di Kampung Sura Jeti, Dungun, Terengganu kira-kira jam 1.40 pagi pada 20 Januari 2023.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/651607/berita/semasa/ketua-ayahanda-harimau-kumbang-empat-ahli-didakwa

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa