'Rindu adik Balgis'

Facebook Tachnesvaran tular di laman sosial.
Facebook Tachnesvaran tular di laman sosial.
A
A
A

GEORGETOWN - Seorang lelaki tidak dapat menyembunyikan rasa rindu kepada kanak-kanak bernama Balgis setelah menyelamatkannya dua bulan lalu.

Tachnesvaran Kanaisen meluahkan perasaannya di Facebook miliknya sekali gus mendapat perhatian netizen.

Menerusi perkongsian tersebut, Tachnesvaran mendedahkan dia telah menyelamatkan kanak-kanak berusia empat tahun yang berjalan seorang diri sekitar Georgetown.

Balgis dikatakan di bawah jagaan neneknya namun menyedari neneknya berada di dapur, kanak-kanak ini mengambil peluang keluar rumah semata-mata mahu mencari ibunya yang keluar bekerja.

"Saya ternampak seorang budak perempuan Melayu jalan seorang diri di sebuah lorong. Dengan segera saya membuat pusingan U dan memberhentikan kereta tepat pada budak itu.

"Lalu saya buka pintu kereta dan saya tanya ke mana kamu jalan seorang diri, saya sungguh terperanjat apabila dengar jawapan dari budak bahawa dia mencari ibunya!!," tulisnya.

Bercerita lanjut, melihat keadaan Balgis tidak bermaya dan letih, dia sempat membawa kanak-kanak itu di sebuah restoran makanan segera.

Tidak tahu lokasi rumah kanak-kanak tersebut, Tachnesvaran membuat keputusan membawanya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut sebelum polis mengesan ibu Balgis.

Artikel Berkaitan:

Katanya, setelah menunggu selama tiga jam, akhirnya ibu Balgis tiba di IPD dan membawanya pulang.

Dalam pada itu, Tachnesvaran berkata, perkongsiannya itu sekadar meluahkan rasa rindu kepada adik Balgis dan amat berharap akan bertemunya kembali.

"Saya doa agar adik Balgis berjaya dalam hidupnya dan harap akan bertemu kembali. Miss you baby Balgis," katanya.

Sementara itu, netizen memuji budi baik Tachnesvaran yang sanggup membantu kanak-kanak itu dan mendoakan kesejahteraannya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!