OCBC Cycle KL: 17 jalan utama sekitar ibu negara ditutup Ahad ini

Suffian (tengah) ditemui media selepas melancarkan pelan laluan OCBC Cycle KL 2024 di Kuala Lumpur pada Selasa. Foto Agensi
Suffian (tengah) ditemui media selepas melancarkan pelan laluan OCBC Cycle KL 2024 di Kuala Lumpur pada Selasa. Foto Agensi
A
A
A

BEBERAPA jalan utama sekitar ibu negara akan dibanjiri dengan penyertaan lebih 2,700 peserta bagi memeriahkan kayuhan berbasikal OCBC Cycle Kuala Lumpur (KL) 2024 pada Ahad ini.

Susulan acara tersebut sebanyak 17 laluan utama di sekitar bandar raya itu akan ditutup secara berperingkat bermula 6.30 pagi sehingga acara tamat itu kira-kira jam 9.30 pagi.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Supritendan Suffian Abdullah berkata, antara laluan terlibat adalah Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Raja, Jalan Raja Laut, Leboh Ampang, Jalan Mushi Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Sultan Ismail dan Jalan Tun Perak.

Beliau berkata, jalan lain yang terlibat ialah Jalan P Ramlee, Jalan Kuching, Jalan Parlimen, Jalan Sultan Salahuddin, Jalan Kinabalu, Jalan Raja Chulan, Jalan Ampang, Jalan Perak dan berakhir di Dataran Merdeka.

"Penutupan jalan itu melibatkan jarak sejauh 21 kilometer (km). Tempoh penutupan pula dijangka selama tiga jam," katanya kepada media selepas melancarkan pelan laluan acara itu di Kuala Lumpur pada Selasa.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksektif OCBC Al-Amin, Tuan Syed Abdull Aziz Jailani Syed Kechik dan Pengarah Urusan OCBC Bank (Malaysia) Berhad, Julius Evanson.

Dalam pada itu, Evanson berkata, saingan OCBC Cycle KL 2024 edisi kelapan itu akan melibatkan tiga kategori iaitu kayuhan sejauh 21 kilometer (km) dan 42km (dua pusingan) serta Basikal Tolak Kanak-Kanak.

"Kami juga teruja OCBC Cycle KL 2024 turut menerima penyertaan daripada kanak-kanak, selain berharap untuk melihat lebih 2,700 penunggang basikal pada Ahad ini bagi membina bandar raya Kuala Lumpur yang lebih sihat dan hijau," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!