Tukang bot maut nahas elak haiwan melintas

Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah ke lokasi untuk bantuan menyelamat mangsa kemalangan di Kilometer 31 Jalan Rompin-Bukit Ibam di Muadzam Shah, petang semalam. - Foto Ihsan Bomba

A
A
A

KUANTAN - Seorang tukang bot orang asli maut apabila kereta yang dipandunya terjatuh tebing dalam kemalangan di KM31 Jalan Bukit Ibam-Rompin, Muadzam Shah, petang semalam.

Ketika kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa, Jabar Arid, 47, dari Kampung Tanah Abang, Endau, Mersing meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Kamarulzaman Jusoh@Mohamad Daud berkata, mangsa yang memandu kereta jenis Proton Gen2 dipercayai dalam perjalanan dari arah Rompin menghala ke Bukit Ibam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai cuba mengelak seekor haiwan yang melintas di lokasi menyebabkan kereta dipandunya hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar tiang elektrik sebelum terjatuh bawah tebing.

Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah ke lokasi untuk bantuan menyelamat mangsa kemalangan di Kilometer 31 Jalan Rompin-Bukit Ibam di Muadzam Shah, petang semalam. - Foto Ihsan Bomba
Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah ke lokasi untuk bantuan menyelamat mangsa kemalangan di Kilometer 31 Jalan Rompin-Bukit Ibam di Muadzam Shah, petang semalam. - Foto Ihsan Bomba

"Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan berkata, enam anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah ke lokasi untuk bantuan menyelamat.

Menurutnya, mangsa yang maut dipercayai tercampak keluar dari keretanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!