Mula peringkat awal, peroleh saham akhirat

Norkhaila
Norkhaila
A
A
A

SHAH ALAM - Penggunaan aplikasi pendidikan, Think Quran perlu disebarkan dengan lebih meluas khususnya kepada kanak-kanak di peringkat awal supaya memperoleh ‘saham akhirat’.

Demikian kata bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan, Datin Paduka Norkhaila Jamaluddin, 74, yang mana beliau sendiri telah menggunakan aplikasi tersebut selama dua bulan dan terbukti telah membantunya menguasai bahasa Arab serta memahami al-Quran dengan mudah,

“Selepas guna Think Quran, sekurang-kurangnya saya boleh faham kata kunci atau perkataan, jadi seronok sangat sebab selama ini kita baca sahaja.

“Meskipun sudah berumur, saya masih berusaha mengamalkannya, saya harap Think Quran boleh tersebar luas serta jangan putus di pertengahan jalan.

“Ini ‘saham akhirat’. Walaupun kita fikir hal dunia, hal akhirat perlu diutamakan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di pejabat Think Osem Sdn Bhd (Think Osem) di sini baru-baru ini.

Think Osem merupakan syarikat tempatan yang membangunkan aplikasi Think Quran dan menawarkan pemahaman al-Quran dalam empat bahasa iaitu Arab, Melayu, Indonesia dan Turkiye.

Tambah NorKhaila, bahagian yang paling beliau meminati menggunakan Think Quran ialah mengenai penjelasan bahasa Arab dan kemudiannya diterjemahkan kepada bahasa Melayu.

Malah, kandungan Think Quran yang interaktif memudahkan beliau menghafal perkataan demi perkataan secara berulang kali menerusi latih tubi.

Artikel Berkaitan:

“Bukannya tak pandai mengaji, tetapi selepas guna Think Quran, beberapa perkataan yang sebelum ini kita guna dan baca tapi tak tahu makna, sekarang dah mula faham,” katanya yang mengambil masa satu jam sehari selepas solat Subuh menggunakan aplikasi tersebut.

“Selepas Maghrib pula, saya akan duduk berbincang dengan cucu sambil guna Think Quran kira-kira 15 minit,” ujarnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!