Felda realisasi impian 311 generasi baharu

Sebahagian generasi baharu Felda Sungai Sibol dan Felda Penggeli Timur, Kota Tinggi yang akan menerima kunci rumah PGBF esok.
Sebahagian generasi baharu Felda Sungai Sibol dan Felda Penggeli Timur, Kota Tinggi yang akan menerima kunci rumah PGBF esok.
A
A
A

KOTA TINGGI - Usaha Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) merealisasikan impian generasi baharu Felda Sungai Sibol dan Felda Penggeli Timur di sini untuk memiliki rumah sendiri menerusi Projek Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) amat dihargai.

Setiausaha Persatuan Kebajikan Pemilik Rumah PGBF Sungai Sibol, Norazilawati Tayib berkata, dia dan seramai 310 generasi baharu Felda berkenaan akan menerima kunci rumah pada majlis penyerahan di Felda Sungai Sibol di sini pada Jumaat ini.

Norazilawati memuji usaha murni pengurusan Felda yang membantu generasi muda memiliki aset sendiri ketika harga hartanah di pasaran berada di luar kemampuan mereka.

“Anak-anak saya masih kecil dan gaji suami saya tidaklah seberapa tetapi dengan adanya projek PGBF, dapatlah kami menghuni rumah yang begitu selesa ini," katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Penyerahan itu adalah di tapak yang keenam selepas Felda menyambung semula projek PGBF dengan peruntukan dana sebanyak RM250 juta daripada kerajaan.

Selain Norazilawati, turut menerima kunci rumah pada hari sama ialah suri rumah, Idayu Ismail dan Azliza Abu Hasssan.

Idayu berkata, dia menghargai komitmen Felda untuk menyiapkan projek berkenaan.

“Terima kasih kepada pihak Felda kerana berusaha dengan bersungguh-sungguh hingga sampai ke tahap ini.

Artikel Berkaitan:

"Akhirnya penantian kami selama lapan tahun untuk memiliki rumah tercapai," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!