Wan Junaidi dianugerah gelaran Pehin Sri

Abang Johari Tun Openg mewakili Kerajaan Sarawak menyampaikan darjah tertinggi itu kepada Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Foto Astana Negeri Sarawak.
Abang Johari Tun Openg mewakili Kerajaan Sarawak menyampaikan darjah tertinggi itu kepada Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Foto Astana Negeri Sarawak.
A
A
A

KUCHING - Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima anugerah Darjah Satria Bintang Sarawak (SBS) yang membawa gelaran Pehin Sri.

Darjah tertinggi dalam senarai anugerah negeri Sarawak itu disampaikan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam satu istiadat penganugerahan pingat di Astana Negeri Sarawak pada Rabu.

Dalam majlis itu, Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan telah membacakan pencapaian Tun Dr Wan Junaidi yang telah memegang jawatan-jawatan penting seperti Yang Dipertua Dewan Negara, menteri dan timbalan menteri Persekutuan, serta timbalan Speaker Dewan Rakyat.

Tun Wan Junaidi menjadi penerima kelima darjah berkenaan selepas Allahyarhan Tun Abdul Taib Mahmud, Tun Dr Mahathir Mohamad, Allahyarham Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng dan Allahyarham Tan Sri Adenan Satem.

Tun Wan Junaidi menjadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak kelapan berkuat kuasa 26 Januari lepas bagi menggantikan Allahyarham Tun Abdul Taib yang tamat perkhidmatan pada 25 Januari. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!