Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Ibu mengaku beri bayi 16 bulan minum susu campur dadah

28 Februari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 28 FEBRUARI 2024

Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Rabu atas satu pertuduhan menganiaya anak lelaki mereka yang berusia setahun empat bulan, dengan memberi susu bercampur air mengandungi dadah berbahaya jenis 'methamphetamine', Isnin minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.

Tertuduh, suri rumah berusia 34 tahun mengaku bersalah manakala suaminya, peniaga air balang, berusia 40 tahun tidak mengakui kesalahan selepas pertuduhan pindaan dibaca di hadapan Hakim, Dr Syahliza Warnoh.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/651748/berita/semasa/ibu-mengaku-beri-bayi-16-bulan-minum-susu-campur-dadah

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #susu #ibubapa #dadah