Remaja lelaki lemas di Sungai Bagan
KOTA BHARU - Seorang remaja lelaki ditemukan lemas selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Bagan berdekatan Kampung Bagan Atas di Machang, pada Rabu.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan dalam kenyataan memaklumkan, mayat Mohd Irfan Abdullah, 13, ditemukan pada 3.30 petang oleh bapanya yang turut menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR).
"Bomba menerima laporan kejadian pada 2.52 petang dan operasi SAR kemudian melibatkan 10 anggota.
"Komander operasi telah mengarahkan SAR dijalankan menggunakan teknik pencarian di permukaan sungai bersama orang awam dan bapa mangsa kemudian telah menjumpai anaknya lemas," menurut kenyataan itu pada Rabu.
Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. - Bernama
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!