Bot dinaiki empat lelaki hampir karam, penjana meletup

Bot yang dinaiki empat rakan hampir karam di pesisiran laut berhampiran Persiaran Karpal Singh di Jelutong pada petang Rabu.
Bot yang dinaiki empat rakan hampir karam di pesisiran laut berhampiran Persiaran Karpal Singh di Jelutong pada petang Rabu.
A
A
A

GEORGE TOWN - Empat sekawan berhadapan detik cemas apabila bot yang dinaiki hampir karam di pesisiran laut berhampiran Persiaran Karpal Singh di Jelutong, di sini pada petang Rabu.

Difahamkan, kesemua mangsa dalam perjalanan ke Pulau Langkawi dan singgah sebentar ke Pulau Pinang.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, Pegawai Bomba Tinggi (PBT) 1, Fadzil Mohamad berkata, kesemua mangsa lelaki yang berusia lingkungan 50-an bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh nelayan yang berdekatan bot berkenaan.

Menurutnya, dua daripada mangsa cedera di kaki, telinga dan tangan manakala dua lagi tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 2.40 petang tadi berhubung kejadian sebuah bot hampir karam.

"Kehadiran bomba di lokasi bagaimanapun untuk membantu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang yang membuat pemantauan menyeluruh ke atas bot berkenaan.

"Terdapat empat lelaki di atas bos ketika kejadian dan kesemua mereka selamat. Hanya dua daripada mereka mengalami luka di kaki, telinga dan tangan," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Jelas beliau, setelah semakan dibuat di Jabatan Laut Wilayah Utara, status pemilikan bot tersebut adalah milik seorang lelaki bernama Rusdi Sulung.

Artikel Berkaitan:

"Pemeriksaan awal mendapati, punca bot tersebut hampir karam adalah disebabkan oleh penjana di dalam bot telah meletup.

"Semua mangsa diberi rawatan di klinik berhampiran dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 5.09 petang," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!