Kedai serbaneka Elews Mart milik Ebit Lew ditutup berperingkat

Kedai serbaneka Elews Mart milik pendakwah bebas, Ebit Lew ditutup secara berperingkat mulai 15 Januari lalu.
Kedai serbaneka Elews Mart milik pendakwah bebas, Ebit Lew ditutup secara berperingkat mulai 15 Januari lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - Kedai serbaneka Elews Mart milik pendakwah bebas, Ebit Lew ditutup secara berperingkat mulai 15 Januari lalu.

Perkara tersebut dinyatakan dalam satu notis yang dikeluarkan oleh Elews Mart Sdn. Bhd. bertarikh 15 Januari 2024 dan kini tular di media sosial.

Notis tersebut ditujukan kepada pembekal syarikat berkenaan.

“Adalah dimaklumkan bahawa Elews Mart Sdn Bhd akan menutup semua cawangan Elews Mart secara berperingkat bermula 15 Januari 2024.

“Sehubungan itu, pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat sepanjang kerjasama dijalankan untuk memastikan operasi cawangan kami berjalan lancar,” katanya.

Tambah notis tersebut, segala hutang tertunggak akan dilangsaikan selewat-lewatnya 30 Jun 2024.

"Diharapkan kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang, urusan penutupan dilakukan seperti yang sedia maklum," jelasnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!