Bongkah kertas di luar gudang terbakar
NIBONG TEBAL - Lebih puluhan bongkah kertas yang diletakkan di luar sebuah gudang di Jalan Tasek, Kampung Jawa Sempit di sini terbakar dalam kejadian jam 7.36 malam Rabu.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Bakap, Pegawai Bomba Kanan II Israhanafi Ismail berkata, kebakaran tersebut tidak melibatkan struktur bangunan gudang berkenaan.
"Kebakaran melibatkan bongkah kertas yang berada di luar gudang, anggaran keluasan kebakaran 9.29 x 9.29 meter persegi.
"Peratusan kemusnahan kebakaran adalah sebanyak 70 peratus, namun tiada mangsa dilaporkan terlibat," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Jelas beliau, kerja pemadaman turut dibantu pasukan bomba sukarela berhampiran.
"Kebakaran dapat dikawal pada jam 8.21 malam.
"Kerja-kerja 'overhaul' sedang dijalankan dan siasatan berhubung punca kejadian masih dijalankan," katanya lagi.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!