Lori bawa parcel hangus

Lori jenis Nissan terbakar 100 peratus dalam kejadian itu. Foto Bomba Terengganu
Lori jenis Nissan terbakar 100 peratus dalam kejadian itu. Foto Bomba Terengganu
A
A
A

DUNGUN - Sebuah lori syarikat penghantaran barang terbakar dalam kejadian di lampu isyarat Kampung Che Lijah, di sini pada Rabu.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Azman Alias berkata, bagaimanapun, kejadian tersebut tidak melibatkan kemalangan jiwa.

"Kita menerima panggilan pada jam 5.33 pagi berhubung kejadian itu.

"Sepasukan tujuh anggota dan pegawai bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Dungun beserta dua jentera dikerahkan ke lokasi kejadian.

Sebuah lori yang membawa muatan barangan musnah dalam kebakaran. Foto Bomba Terengganu
Sebuah lori yang membawa muatan barangan musnah dalam kebakaran. Foto Bomba Terengganu

"Setibanya di tempat kejadian mendapati sebuah lori yang membawa muatan barangan terbakar 100 peratus," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Khamis.

Mengulas lanjut. Azman berkata, punca kejadian tersebut masih dalam siasatan.

"Operasi memadam kebakaran itu tamat sepenuhnya jam 6.30 pagi," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!