Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS

Ringgit kembali mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal urus niaga Khamis, menjelang pengumuman laporan inflasi negara maju itu pada Khamis.Gambar hiasan
Ringgit kembali mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal urus niaga Khamis, menjelang pengumuman laporan inflasi negara maju itu pada Khamis.Gambar hiasan
A
A
A

RINGGIT kembali mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal urus niaga Khamis, menjelang pengumuman laporan inflasi negara maju itu pada Khamis.

Pada 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.7620/7660 berbanding dolar AS daripada paras 4.7690/7730 pada akhir urus niaga pada Rabu.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, Indeks Dolar AS (DXY) menokok 0.11 peratus kepada 103.942 mata menjelang pengumuman data inflasi perbelanjaan penggunaan (PCE) pada lewat Khamis.

"Sekiranya laporan PCE itu lebih tinggi daripada jangkaan, ini akan melonjakkan nilai ringgit,” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata, peserta pasaran juga kekal memberangsangkan terhadap dolar AS susulan jangkaan penurunan kadar faedah AS yang kian berkurangan.

Malah, beliau menyifatkan ringgit berada dalam keadaan terlebih jual ketika Bank Negara Malaysia (BNM) menegaskan bahawa unit tempatan itu telah terkurang nilai atau dinilai rendah.

"Jelas sekali, terdapat risiko kenaikan untuk ringgit namun pada masa ini, pasaran terlalu menumpukan kepada keputusan Rizab Persekutuan AS (Fed) mengenai kadar faedah utama.

"Oleh itu, (prestasi) ringgit berbanding dolar AS dijangka kekal dalam julat kecil 4.76 hingga 4.77," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama, kecuali yen Jepun yang menyaksikannya mengukuh kepada 3.1633/1668 daripada 3.1635/1664.

Ringgit susut berbanding pound Britain kepada 6.0304/0368 daripada 6.0199/0250 pada Rabu dan rendah berbanding euro kepada 5.1612/1666 daripada 5.1510/1553, sebelum ini.

Berbanding mata wang Asean lain, ringgit mempamerkan prestasi lebih mengukuh termasuk naik berbanding baht Thailand kepada 13.2140/2342 daripada 13.2252/2421 pada akhir urus niaga semalam dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.5386/5429 daripada 3.5405/5437.

Ringgit juga meningkat berbanding peso Filipina kepada 8.46/8.48 daripada 8.47/8.49 sebelum ini dan naik berbanding rupiah Indonesia kepada 303.4/303.9 daripada 303.8/304.3. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!