Kesihatan Raja Harald V semakin baik - Istana Norway

Sinar Harian pada Rabu melaporkan Raja Norway, Raja Harald V dikejarkan ke Hospital Sultanah Maliha Pulau Langkawi selepas mengalami jangkitan.
Sinar Harian pada Rabu melaporkan Raja Norway, Raja Harald V dikejarkan ke Hospital Sultanah Maliha Pulau Langkawi selepas mengalami jangkitan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Raja Norway, Raja Harald V yang kini sedang menjalani rawatan di Hospital Sultanah Maliha (HSM) di Langkawi, Malaysia semakin pulih daripada jangkitan, kata pihak Istana Norway.

Pihak istana menerusi laman sesawang www.royalcourt.no pada Rabu berkata, keadaan kesihatan Raja Harald V yang semakin pulih disahkan oleh doktor peribadinya di Langkawi.

"Baginda dirawat dengan baik di hospital dan menerima rawatan yang baik,” menurut kenyataan itu.

Menurut Istana Norway, Raja Harald V akan berada di hospital untuk beberapa hari lagi dan belum ada keputusan dibuat berhubung keberangkatan pulang baginda ke tanah air.

"Kedutaan Norway di Kuala Lumpur telah menawarkan bantuan praktikal semasa lawatan ini," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu juga menyatakan bahawa program rasmi bagi seluruh kerabat diraja akan diteruskan seperti yang dirancang.

Pada Rabu, Bernama melaporkan Raja Harald V sedang menerima rawatan di Wad Diraja hospital itu selepas gering semasa bercuti di Malaysia.

Raja Harald V yang sedang dalam lawatan peribadi ke Malaysia dijadual menyambung semula tugas rasminya pada 8 Mac, apabila baginda dijangka bertemu dengan anggota Kabinet di Istana Diraja di Oslo.

Artikel Berkaitan:

Dilahirkan pada 21 Februari 1937, Raja Harald V menaiki takhta Norway pada tahun 1991. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!