20 motosikal hangus bengkel terbakar
IPOH - Sebanyak 20 motosikal musnah selepas sebuah bengkel di Kampung Pengkalan Pegoh terbakar awal pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh, Mohamad Fadzeli Che Husin berkata, bomba menerima panggilan pada jam 4.58 pagi dan ketika tiba di lokasi anggota mendapati bengkel terbakar 80 peratus tetapi tidak melibatkan mangsa.
"Seramai 31 anggota termasuk bomba bantuan daripada BBP Ipoh membabitkan dua jentera bomba dan beberapa aset lain berusaha memadamkan kebakaran," katanya kepada Sinar Harian hari ini.
Mohamad Fadzeli berkata, selain bengkel, kebakaran turut membabitkan dapur rumah berhampiran dan stor bengkel tersebut.
Katanya, kesemua motosikal yang musnah merupakan motosikal dalam proses pembaikan dan punca kejadian masih dalam siasatan.
"Operasi tamat pada jam 7.25 pagi," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!