MYAirline masih bincang dengan pelabur baharu
MYAIRLINE memaklumkan ia masih berbincang dengan pelabur baharu selepas penamatan secara tiba-tiba dan unilateral perjanjian pembelian saham oleh pelabur dari Timur Tengah.
Syarikat penerbangan itu berkata, pihaknya menimbang semua pilihan termasuk kemungkinan mengambil tindakan undang-undang susulan penamatan itu.
Pelabur berpotensi lain turut menyatakan minat untuk menghidupkan semula jenama itu, katanya.
"MYAirline sentiasa berhubung dengan semua pengawal selia penerbangan dan kami komited untuk memenuhi sebarang syarat serta keperluan yang dimandatkan oleh pengawal selia penerbangan untuk mendapatkan semula lesen dan meneruskan operasi," katanya. - Bernama
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!