Bekas pembantu ceti haram dituduh bakar pagar rumah peminjam

Pihak polis membawa tertuduh yang berusia 23 tahun ini ke Mahkamah Sesyen Ampang pada Khamis, atas satu pertuduhan membakar pagar rumah seorang peminjam wang tidak berlesen, tiga minggu lalu.
Pihak polis membawa tertuduh yang berusia 23 tahun ini ke Mahkamah Sesyen Ampang pada Khamis, atas satu pertuduhan membakar pagar rumah seorang peminjam wang tidak berlesen, tiga minggu lalu.
A
A
A

AMPANG - Bekas pembantu ceti haram mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, atas satu pertuduhan membakar pagar rumah seorang peminjam wang tidak berlesen, tiga minggu lalu.

Lelaki berusia 23 tahun itu, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Wan Mohd Norisham Wan Yaakob.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa bersama seorang lagi yang masih bebas, melakukan perbuatan khianat menggunakan api dengan niat menyebabkan kerosakan kepada harta milik seorang lelaki lain, di sebuah rumah di Ulu Klang, di sini, pada jam 3.10 pagi, 5 Februari lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang mana boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Hakim Amir Abdul Hamid mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam, merayu kadar itu dikurangkan kerana dia perlu menanggung seorang anak dan kakak yang sakit.

"Saya telah berhenti kerja, buat masa ini tiada orang nak jamin,” katanya.

Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan melaporkan diri di balai polis sekali setiap bulan.

Artikel Berkaitan:

Mahkamah menetapkan 4 April depan untuk sebutan semula kes.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!