24 bayi tahun lompat dilahirkan di Pahang

Antara bayi tahun lompat yang selamat dilahirkan di Hospital Pekan pada Khamis.
Antara bayi tahun lompat yang selamat dilahirkan di Hospital Pekan pada Khamis.
A
A
A

KUANTAN - Seramai 24 bayi di negeri ini bertuah apabila dilahirkan pada tarikh istimewa, 29 Februari atau tahun lompat yang muncul hanya empat tahun sekali.

Kesemua bayi terbabit dilahirkan di hospital seluruh negeri Pahang bermula jam 12 tengah malam hingga 11 pagi pada Khamis.

Pengarah Kesihatan Pahang, Datuk Dr Rusdi Abd Rahman berkata, daripada kelahiran tersebut, 18 merupakan bayi perempuan dan enam bayi lelaki.

Menurutnya, daripada jumlah keseluruhan kelahiran itu juga, 17 bayi dilahirkan secara normal dan tujuh melalui kaedah pembedahan.

"Semua bayi termasuk 19 bayi Melayu, Cina (2), India (1) dan Orang Asli (2) berada dalam keadaan sihat dan stabil.

"Bayi perempuan seberat 3.71 kilogram, anak kedua pasangan dari Kerdau, Temerloh menjadi bayi tahun lompat terawal dilahirkan di negeri ini.

"Bayi terbabit dilahirkan jam 12.18 tengah malam di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh," katanya melalui satu kenyataan pada Khamis.

Dr Rusdi berkata, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini mencatatkan kelahiran bayi tahun lompat tertinggi iaitu seramai sembilan orang diikuti HoSHAS (7), Hospital Pekan (4), Hospital Kuala Lipis (2), Hospital Raub (1) dan Hospital Jengka (1) sehingga tengah hari pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

"Tahniah kepada ibu dan bapa yang menyambut kelahiran anak mereka pada tarikh istimewa ini.

"Semoga anak-anak ini terus sihat dan membesar menjadi anak-anak yang membanggakan keluarga," ujarnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!