14 maut dalam nahas jalan raya di Madhya Pradesh India
NEW DELHI - Sekurang-kurangnya 14 orang maut dan 20 lagi cedera dalam nahas jalan raya di negeri Madhya Pradesh di tengah India.
Kemalangan itu berlaku pada awal pagi Khamis di daerah Dindori, kira-kira 470 kilometer dari ibu negeri Bhopal, menurut laporan media tempatan.
Pikap yang dinaiki mangsa dilaporkan hilang kawalan sebelum terhumban ke dalam lembah sedalam 15.24 meter.
"Kerajaan negeri akan memberi bantuan kewangan sebanyak 400,000 rupee (RM22,970) setiap seorang kepada waris mangsa dan menyediakan rawatan kepada mereka yang cedera," kata Ketua Menteri Madhya Pradesh, Mohan Yadav. - Bernama
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!