23 GRO Thailand antara 72 PATI dicekup

Sebahagian wanita warga asing yang ditahan Jabatan Imigresen dalam serbuan di 10 lokasi sekitar Ipoh dan Enggor selama dua hari sejak semalam.
Sebahagian wanita warga asing yang ditahan Jabatan Imigresen dalam serbuan di 10 lokasi sekitar Ipoh dan Enggor selama dua hari sejak semalam.
A
A
A

IPOH - Pelayan pelanggan (GRO) warga Thailand antara 72 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang dicekup Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Perak dalam serbuan di 10 premis sekitar Ipoh dan Enggor, Kuala Kangsar selama dua hari sejak Rabu.

Timbalan Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Perak, Sharmanrizal Rustam berkata, dalam serbuan itu seramai 29 wanita dan sembilan lelaki warga Thailand, 10 lelaki warganegara Bangladesh serta beberapa individu warganegara Pakistan, Laos, Vietnam, Indonesia, Myanmar termasuk seorang warga tempatan diberkas.

Menurutnya, operasi yang disertai 12 orang pegawai Imigresen itu turut memeriksa 133 individu di 10 premis yang menjalankan perniagaan hotel, spa, kedai makan, pembinaan, perkhidmatan, kediaman pangsapuri serta serbuan di dalam ladang.

"Bertindak atas aduan dan risikan, terdapat satu premis yang menjalankan aktiviti hiburan yang menawarkan khidmat gadis GRO. Premis ini terletak di Kampung Jawa, Ipoh yang mana sebilangan besar pekerja GRO tersebut terdiri daripada perempuan warganegara Thailand. Seramai 23 orang perempuan warganegara Thailand telah ditangkap di dalam Ops Gegar ini.

Pusat hiburan warga asing antara 10 lokasi serbuan Jabatan Imigresen selama dua hari sejak semalam.
Pusat hiburan warga asing antara 10 lokasi serbuan Jabatan Imigresen selama dua hari sejak semalam.

"Tangkapan dibuat bagi membanteras dan mengekang kemasukan pelancong asing yang menyalahgunakan kemudahan pas lawatan yang diberikan serta melanggar peraturan-peraturan Imigresen," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sharmanrizal berkata, kesemua PATI tersebut ditahan bagi tujuan siasatan kerana dipercayai melakukan kesalahan-kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen1959/63, Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen1959/63, Peraturan 39(b), Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

Menurutnya, siasatan turut dilakukan di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan Akta Pasport 1966.

Artikel Berkaitan:

"Siasatan juga akan diteruskan ke atas pemilik kediaman dan pemilik premis perniagaan yang membenarkan PATI berada di dalam premis mereka.

"Jabatan Imigresen berharap masyarakat dapat membuat laporan atau aduan bagi membantu membanteras kebanjiran PATI dalam negara ini," katanya.

Sementara itu beliau berkata, pihaknya juga akan mengambil tindakan tegas terhadap majikan atau individu yang menggaji atau melindungi PATI termasuk mendakwa mereka di mahkamah.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!