Kod Sukan Selamat: Tiada lagi isu disembunyikan' bawah karpet' - ISN

Ahmad Faedzal (kanan) dan Hannah Yeoh (empat dari kiri) bergambar kenangan selepas merasmikan Seminar Kod Sukan Selamat: Antigangguan Seksual Dalam Sukan di Institut Sukan Negara (ISN), Bukit Jalil hari ini. Foto Bernama
Ahmad Faedzal (kanan) dan Hannah Yeoh (empat dari kiri) bergambar kenangan selepas merasmikan Seminar Kod Sukan Selamat: Antigangguan Seksual Dalam Sukan di Institut Sukan Negara (ISN), Bukit Jalil hari ini. Foto Bernama
A
A
A

PENGENALAN Kod Sukan Selamat pada 15 Mac tahun lepas mewujudkan ekosistem sukan sihat selepas tiada lagi isu membabitkan persekitaran sukan akan disembunyikan ‘bawah karpet', menurut Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Ahmad Faedzal Md Ramli.

Ahmad Faedzal berkata, ISN mempunyai peranan tersendiri apabila bertindak sebagai pihak yang memberi kesedaran kepada atlet, jurulatih dan pihak berkepentingan menerusi program pendidikan awam seperti seminar atau ceramah yang dijalankan secara berkala.

"Itulah kita mahu iaitu tiada lagi penetapan minda dalam ekosistem untuk disembunyikan bawah karpet ataupun tidak dilaporkan. Kita nak ekosistem sedar ini merupakan kumpulan kita perlu jaga dan tidak ditindas...akan muncul orang membuat aduan jadi kena bersedia kerana akan diketengahkan pemegang taruh ataupun media,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas seminar Kod Sukan Selamat: Antigangguan Seksual Dalam Sukan yang dilancarkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh di ISN di Bukit Jalil di sini hari ini.

Kod Sukan Selamat merupakan garis panduan mengenai persekitaran sukan yang selamat, selain menekankan peranan dan tanggungjawab semua pihak dalam menangani sebarang bentuk gangguan serta penderaan dalam sukan. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!