Langgar lampu merah, penunggang motosikal parah rempuh SUV

Video kemalangan yang tular di aplikasi X melibatkan dua buah motosikal dan sebuah SUV.
Video kemalangan yang tular di aplikasi X melibatkan dua buah motosikal dan sebuah SUV.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang penunggang motosikal cedera parah selepas dipercayai melanggar lampu isyarat merah sebelum merempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, kejadian dikesan berlaku kira-kira jam 1.54 pagi di persimpangan lampu isyarat Paya Rambai membabitkan dua motosikal dan sebuah SUV.

Menurut beliau, berdasarkan kamera litar tertutup (CCTV), pemandu Proton X50 yang juga wanita berusia 26 tahun ketika itu dalam perjalanan dari arah Berek 12 menghala ke Lundang.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, SUV dipandu wanita itu tiba-tiba dilanggar dari arah sebelah kanan oleh dua motosikal yang dipercayai ditunggang oleh dua remaja berusia 17 tahun.

"Berdasarkan CCTV itu juga, dua remaja berkenaan dari arah Wisma Persekutuan menghala ke Demit telah melanggar lampu isyarat di persimpangan jalan terbabit," katanya melalui kenyataan pada Khamis.

Beliau memberitahu, akibat rempuhan berkenaan, kedua-kedua penunggang motosikal terjatuh dan salah seorang daripada mereka mengalami kecederaan parah di kepala dan dihantar ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk rawatan lanjut.

"Seorang lagi penunggang hanya mengalami luka di bahagian kaki dan menerima rawatan sebagai pesakit luar," katanya.

Jelas Mohd Rosdi, pemandu Proton X50 bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Artikel Berkaitan:

Katanya lagi, polis sedang melakukan siasatan di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Polis meminta orang ramai yang melihat kejadian tampil untuk membantu siasatan dengan menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Nurul Izzati Mohammad Rosli di talian 09-7752315.

Sebelum ini tular satu video di aplikasi X mengenai kemalangan melibatkan dua motosikal dan SUV itu.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!