JPA tangguh mansuh BIPK

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Pemansuhan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) yang dijadualkan bermula 1 Januari 2020 ditangguhkan.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman ketika membuat pengumuman itu berkata, penangguhan dibuat sehingga satu kajian semula dilaksanakan dengan pihak yang berkaitan dan diputuskan Jemaah Menteri.

"Sehubungan itu, pelaksanaan pemansuhan BIPK kepada pegawai lantikan baharu melibatkan 33 skim perkhidmatan seperti dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2019 adalah ditangguhkan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam kenyataan pada 25 Disember 2019 memaklumkan pemansuhan BIPK hanya melibatkan pelantikan baharu mulai 1 Januari 2020.

Menurut kenyataan itu, penerima BIPK sedia ada tidak terjejas dan akan terus menikmati pembayaran BIPK secara Khas Untuk Penyandang (KUP) mengikut kadar sedia ada yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2007 sehingga meninggalkan perkhidmatan.

BIPK diwujudkan pada 1992 berikutan kekurangan bekalan tenaga kerja dalam sektor tertentu ketika itu yang bertujuan untuk menarik graduan berkhidmat dengan kerajaan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!