Peniaga bazar Ramadan tolong jangan scam pembeli!
RAMADAN bakal menjelma tak lama lagi. Kalau sebut bulan puasa, mesti sinonim dengan bazar Ramadan dan kes makanan ‘pelik-pelik’ yang datang sekali dengan pakej tak sedap tapi harga tak nak kalah.
Setiap tahun, isu melibatkan makanan di bazar Ramadan terus berputar dan berulang-ulang. Itulah masanya juga kita akan dapat lihat kebanjiran peniaga segera yang mencari rezeki tambahan dalam tempoh sebulan.
Jadi, jika kita ada terdengar ada rakan, jiran atau saudara-mara yang memang kita dah tahu skil masaknya memang tak sedap tapi merancang nak berniaga di bazar Ramadan, tolonglah halang niat mereka.
Kasihan orang puasa rasa tertipu. Sebenarnya bukan bulan puasa sahaja, ada juga peniaga makanan sedia ada sekarang yang ‘scam’ pembeli. Merak Jalanan dengar kisah terbaharu pelanggan yang tertipu dengan peniaga donut.
Hampa rasanya bila nak makan donut tapi rupa-rupanya roti burger yang menyamar donut. Kreatif dan inovatif tak bertempat. Tolonglah jangan tipu pembeli, nanti tak berkat rezeki yang diterima.
Apa pun, Merak Jalanan nak pesan kepada semua peniaga makanan terutama di bazar Ramadan nanti. Kalau tak pandai masak tapi acah-acah pandai, panaskan lauk dua tiga hari, jual harga yahudi, air paip terus letak kordial, jual makanan tapi basi, karipap inti oksigen dan segala jenis makanan nak letak cheese leleh, tak payahlah berniaga.
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!