Cabaran besar menanti pengendali baharu Selangor FC - ASFC

Laporan Sukan Sinar sebelum ini.
Laporan Sukan Sinar sebelum ini.
A
A
A

PENGURUSAN Selangor FC digesa memastikan pengendali baharu The Red Giants tidak hanya berkualiti tetapi juga mampu mengekalkan keharmonian dalam kelab tersebut.

Itu reaksi Presiden Anak Selangor Fans Club (ASFC), Mohd Faizal Wahid kepada Sukan Sinar selepas naib juara Liga Super 2023 tersebut mengumumkan perpisahan dengan pengendali Tan Cheng Hoe.

"Sejujurnya siapa calon yang mengisi posisi jurulatih Selangor FC ini tentu akan rungsing kerana pasukan hampir lengkap pemain import dan tempatan.

"Ini satu cabaran kerana segala rumusan adunan jurulatih baharu akan mengambil masa tambahan pula bukan pilihan jurulatih itu sendiri.

"Liga Malaysia 2024/25 lebih mencabar, tambahan pula penyokong-penyokong mengharapkan permulaan positif di pentas Asia selepas naib juara musim lalu," katanya sambil menyarankan pengendali kelab Indonesia, Persib Bandung, Bojan Hodak calon terbaik mengemudi Selangor FC berdasarkan pengalaman luas di liga tempatan.

Pada masa sama, Mohd Faizal menyifatkan tindakan Tan Cheng Hoe meninggalkan Selangor FC satu tindakan tidak adil kepada pemain-pemain selepas memacu The Red Giants kembali semua saingan Asia.

"Tapi apa boleh buat jika di hati coach Tan Cheng Hoe jiwanya sudah tiada lagi bersama pasukan Selangor FC, adalah lebih baik dilepaskan dia pergi sahaja meningalkan kelab.

"Ya, kami penyokong Selangor sudah semestinya amat terkejut dengan keputusan coach Tan Cheng Hoe, namun inilah bola sepak profesional dan itulah yang terbaik buat kariernya.

Artikel Berkaitan:

"Sumbangan dan jasa coach Tan Cheng Hoe mengemudikan pasukan Selangor FC sehingga kembali semula ke pentas Asia, sentiasa kami ingati, terima kasih dan selamat maju jaya coach," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!