[VIDEO] Isu bak kut teh: Dr Akmal bidas King Sing
SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh mempertahan pendirian menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memecat menteri yang terlibat dalam membuat keputusan mengiktiraf bak kut teh sebagai hidangan warisan negara.
Menurutnya, ia bukan soal terdapat sembilan lagi makanan lain turut dimasukkan didalam senarai makanan warisan negara, tetapi tentang relevannya untuk menyenaraikan makanan yang kebanyakkan penyediaanya mempunyai unsur asas babi.
"Apakah kamu tahu, senarai yang dimasukkan di dalam warta itu adalah 'bak kut teh' bukannya seafood kut teh, ayam kut teh dan bak itu bermaksud daging yang secara khususnya untuk daging babi di dalam sebutan hokkien.
"Ya memang bak kut teh boleh ditukar menjadi daging yang halal mengikut kamu, tetapi adakah kamu tahu berapa banyak bak kut teh yang dikatakan halal dan dijual di pasaran? Jawapannya hampir semua bak kut teh yg dijual adalah mempunyai unsur daging babi," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata demikian sebagai kenyataan balas kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Kebudayaan (MOTAC), Datuk Seri Tiong King Sing yang mahu politik ekstrem berbaur perkauman yang dimainkan Dr Akmal dihentikan berikutan keputusan mengiktiraf bak kut teh sebagai hidangan warisan negara.
King Sing berkata, ia bukan kali pertama Exco Kerajaan Negeri Melaka itu memainkan isu perkauman dan agama.
Turut dijelaskan cadangan menu berkenaan hanyalah satu daripada 10 hidangan baharu yang termasuk dalam senarai makanan warisan negara, dan boleh ditukar kepada daging lain.
Mengulas lanjut, Dr Akmal sebaliknya mendakwa dalam situasi tersebut, King Sing lebih bersikap ektremis.
"Adakah kamu memberi maksud apabila kami bercakap mengenai perkara yang sensitif di hati orang melayu khususnya dikatakan ektremis?
"Jika begitu, yang ektremis adalah orang seperti kamu yang tidak tahu menjaga sensitiviti majoriti rakyat beragama islam di negara ini," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!