'Tolong cari adik saya'

Kalsom menunjukkan gambar adiknya, Salminyah yang hilang sejak lapan hari lalu.
Kalsom menunjukkan gambar adiknya, Salminyah yang hilang sejak lapan hari lalu.
A
A
A

KUALA PILAH - Seorang wanita di sini meminta bantuan orang ramai bagi mengesan adik perempuannya yang hilang sejak lapan hari lalu.

Kalsom Mohd Yusof, 70, berkata, adiknya, Salminyah Mohd Yusof, 67, yang merupakan orang kurang upaya (OKU) mental disedari hilang pada tengah hari Khamis minggu lalu.

Menurutnya, dia sekeluarga sangat bimbangkan keadaan adiknya itu kerana turut menghidap barah payudara dan darah tinggi.

"Dia sepatutnya perlu makan ubat setiap hari terutama ubat penenang untuk sakit mental tapi ubatnya ada pada saya," katanya.

Kalsom berkata, pada hari kejadian, dia dan suaminya, A Latiff Rashid, 81, ke pasar Kuala Pilah pada jam 11 pagi untuk membeli barangan dapur.

Salminyah
Salminyah

"Kami menyedari kehilangannya ketika memanggil dia yang tinggal bersebelahan rumah saya untuk makan tengah hari.

“Pelbagai usaha dilakukan termasuk gerakan mencari di sekitar kampung selain menghubungi adik-beradik serta ahli keluarga lain, namun Salminyah masih tidak ditemui," katanya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, keluarganya kini semakin buntu memikirkan keadaan adiknya kerana tiada langsung petunjuk di mana Salminyah berada.

“Kehilangan Salminyah juga masih menjadi tanda tanya sama ada dia keluar rumah sendirian atau mengikut orang lain.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai adik saya boleh menghubungi kami di talian 012-6370925 (Taufik) dan 012-3555787 (Kamsiah)," katanya.

Katanya, mereka sekeluarga sudah membuat laporan di balai polis Jalan Melang pada jam 9.06 malam Khamis lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan menerima laporan tersebut dan pihaknya kini sedang berusaha mencari mangsa.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!