Warga emas gaduh dengan kekasih maut akibat melecur teruk

Sinar Harian melaporkan sepasang kekasih ditemukan melecur teruk keseluruhan badan dalam kebakaran melibatkan Perodua Alza dan motosikal jenis Honda C70 di Bercham.
Sinar Harian melaporkan sepasang kekasih ditemukan melecur teruk keseluruhan badan dalam kebakaran melibatkan Perodua Alza dan motosikal jenis Honda C70 di Bercham.
A
A
A

IPOH - Seorang daripada pasangan kekasih yang ditemukan melecur teruk dalam kebakaran sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan motosikal di Taman Utama, Bercham di sini Rabu lalu, disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, lelaki berusia 64 tahun yang juga orang yang disyaki disahkan meninggal dunia pada jam 6.52 petang pada Khamis.

"Lelaki tersebut melecur 90 peratus meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

"Manakala wanita berusia 57 tahun yang turut melecur 70 peratus dalam kejadian itu masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital sama.

"Usaha untuk temu bual mangsa bagaimanapun masih belum dapat dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kejadian," katanya kepada pemberita pada Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Perak bagi bulan Mac di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini pada Jumaat.

Mohd Yusri membuat pemeriksaan kawalan kehormat pada Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Perak bagi bulan Mac di IPK Perak di Ipoh pada Jumaat.
Mohd Yusri membuat pemeriksaan kawalan kehormat pada Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Perak bagi bulan Mac di IPK Perak di Ipoh pada Jumaat.

Menurut Mohd Yusri, pihaknya telah merakam percakapan empat individu bagi membantu siasatan.

"Rakaman percakapan melibatkan dua jiran dan dua anak perempuan wanita tersebut. Hasil siasatan mendapati MPV yang terbakar didaftarkan atas nama anak perempuan mangsa.

Artikel Berkaitan:

"Kita juga masih menunggu laporan awal daripada Forensik Bomba dan hasil sampel kebakaran kereta dan motosikal yang diambil Unit Forensik IPK Perak," katanya.

Sinar Harian melaporkan sepasang kekasih ditemukan melecur teruk keseluruhan badan dalam kebakaran melibatkan Perodua Alza dan motosikal jenis Honda C70 di Bercham.

Polis mengklasifikasikan kes tersebut dibawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh apabila seorang saksi terdengar pertengkaran antara kedua-dua mangsa sebelum kejadian.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!