Warga Nepal maut, penumpang cedera kereta rempuh lori

Keadaan kereta yang dinaiki dua mangsa hancur selepas merempuh sebuah lori muatan 10 tan.
Keadaan kereta yang dinaiki dua mangsa hancur selepas merempuh sebuah lori muatan 10 tan.
A
A
A

SEPANG - Seorang warga Nepal maut manakala seorang lagi rakan senegaranya parah apabila kereta dinaiki mereka merempuh sebuah lori berhampiran persimpangan lampu isyarat Kota Warisan Salak Tinggi di sini pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 6 pagi itu melibatkan sebuah kereta Proton Wira Aeroback dengan lori bermuatan 10 tan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) KLIA tiba di lokasi pada jam 6.27 pagi.

Keadaan kereta dinaiki dua warga Nepal yang terlibat kemalangan pagi tadi.
Keadaan kereta dinaiki dua warga Nepal yang terlibat kemalangan pagi tadi.

Menurutnya, laporan awal mendapati kereta terbabit melanggar bahagian belakang lori membawa muatan makanan segera.

“Terdapat dua mangsa lelaki berusia lingkungan 30-an. Seorang maut manakala seorang lagi cedera parah.

"Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa yang maut dalam kereta tersebut,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang maut dalam kemalangan tersebut.
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang maut dalam kemalangan tersebut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!