Ibu tunggal didenda 19,000

Tertuduh ketika dibawa ke Mahkamah Majisteret Seremban hari ini.
Tertuduh ketika dibawa ke Mahkamah Majisteret Seremban hari ini.
A
A
A

SEREMBAN - Mahkamah Majistret Seremban hari ini mengarahkan seorang ibu tunggal membayar denda RM19,000 selepas mengaku bersalah menyembunyikan wang secara salah dalam akaun miliknya dua tahun lalu.

How Chui Pin, 48, dituduh dengan curangnya menolong menyembunyikan wang ke dalam akaun yang didaftarkan atas namanya antara 20 Mac hingga 27 April 2018 di Hong Leong Bank, Seremban membabitkan jumlah keseluruhan RM28,000.

Pertuduhan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mas Syafiqah Mahroob di hadapan Majisteret,V Vanita

Tertuduh diwakili peguam dari Biro Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Noor Azizi Abdull Aziz.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret berasingan, tertuduh mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Berdasarkan pertuduhan satu hingga empat, dia didakwa menolong menyembunyikan wang dengan nilai keseluruhan RM32,000 yang dimasukkan oleh seorang individu ke dalam akaun Hong Leong Bank yang didaftarkan atas nama tertuduh dengan sebab untuk mempercayai bahawa ia bukanlah hak milik tertuduh.

Kesemua kesalahan itu dilakukan di Hong Leong Bank, Jalan Dato’ Bandar Tunggal Seremban pada 15 dan 22 Mac, 24 April serta 15 Mei 2018.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan

Artikel Berkaitan:

Majistret, Mahyun Yusof kemudiannya membenarkan ikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan sebutan semula pada 23 Januari ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!