Tak tukar nama Pasar Payang, Kor Ming bersikap terbuka

Kor Ming (empat dari kanan) berdiri di hadapan Pasar Payang 1. Foto Hantaran X Nga Kor Ming
Kor Ming (empat dari kanan) berdiri di hadapan Pasar Payang 1. Foto Hantaran X Nga Kor Ming
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menyatakan bahawa beliau bersikap terbuka berhubung keputusan kerajaan Terengganu ingin mengekalkan nama Pasar Payang.

Kor Ming turut berkata, keputusan itu diterima dengan baik meskipun pasar berkenaan merupakan projek Kerajaan Persekutuan.

"Saya bersikap terbuka atas keputusan kerajaan Terengganu untuk kekalkan nama Pasar Payang.

"Saya tiada masalah menerima keputusan ini walaupun ia adalah projek kerajaan Persekutuan berharga RM70 juta.

"Niat saya baik, jadi jangan ada cuba cerca mencerca. Ini bukan budaya Malaysia Madani," katanya di hantaran X pada Khamis.

Kor Ming (kiri) bersama Ahmad Samsuri (kanan). Foto Hantaran X Nga Kor Ming
Kor Ming (kiri) bersama Ahmad Samsuri (kanan). Foto Hantaran X Nga Kor Ming

Pada Rabu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mencadangkan agar Pasar Payang 1 dijenamakan semula sebagai Central Market@ Pasar Payang bagi menjadikan Terengganu sebagai destinasi budaya dan warisan negara kepada pelancong luar.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, usaha itu juga dapat menarik lebih ramai pengunjung ke Pasar Payang sekali gus menjadikan ia sebagai pasar pelancongan dengan menawarkan persekitaran yang menarik dan moden.

Artikel Berkaitan:

Susulan itu, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyatakan kerajaan negeri tidak berhasrat untuk menukar nama Pasar Payang kepada suatu nama yang lain.

Ahmad Samsuri berkata, ini kerana nama pasar itu sendiri mempunyai sejarahnya tersendiri yang sudah dekat dengan hati rakyat tempatan.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!