Pelaksanaan SST: Shopee, Lazada mula kenakan caj tambahan
SHAH ALAM - Dua platform perdagangan dalam talian terkenal iaitu Shopee dan Lazada Malaysia mula memperkenalkan caj tambahan untuk pembelian barangan terhadap pengguna pada Jumaat selari dengan kenaikan caj cukai jualan dan perkhidmatan (SST).
Bagi platform Shopee, caj tambahan berkenaan dikenali sebagai 'Kos Penghantaran SST', dan ia dikenakan terhadap pengguna apabila melakukan pembelian di platform e-dagang tersebut.
Shopee menyatakan caj SST ke atas yuran penghantaran ini dikutip berdasarkan kepada Jumlah Kos Penghantaran selepas ditolak diskaun.
Memetik laporan Astro Awani, pengenalan caj tersebut pada platform itu adalah sesuatu yang baharu. Sebelum ini, sehingga Khamis, tiada caj sedemikian yang dikenakan oleh platform tersebut.
Shopee dilihat mengimplementasi caj berkenaan selari dengan kenaikan caj SST sebanyak 2 peratus kepada 8 peratus telah berkuat kuasa.
Sementara itu, Astro Awani juga melaporkan Lazada Malaysia mengumumkan mula mengimplementasi caj cukai perkhidmatan sebanyak 8 peratus berkuat kuasa Jumaat.
Perkembangan itu menyaksikan peningkatan sebanyak 2 peratus berbanding 6 peratus sebelum ini, selari dengan pengumuman kerajaan ketika Belanjawan 2024.
Lazada menyatakan caj perkhidmatan ini akan dikenakan ke atas yuran transaksi, yuran komisen penggunaan Lazada, dan juga sebarang yuran melibatkan program promosi oleh seseorang penjual.
Selain Lazada dan Shopee, TikTok Shop turut mengumumkan implementasi caj sama, yang juga dikuatkuasakan pada tempoh sama.
Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28@sinarharianonline SST bermula, platform e-dagang kenakan caj tambahan #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #BuletinTikTok #SST #Cukai #Online #Ekonomi #Kewangan #Shopee #Lazada #TikTokShop
original sound - Sinar Harian
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!