RHB Bank penaja platinum eksklusif di MATTA Fair

Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) mengumumkan penyertaan RHB Banking Group (RHB) sebagai Penaja Platinum Eksklusif dalam Pameran MATTA (MATTA Fair) yang bakal berlangsung 22 hingga 24 Mac ini.
Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) mengumumkan penyertaan RHB Banking Group (RHB) sebagai Penaja Platinum Eksklusif dalam Pameran MATTA (MATTA Fair) yang bakal berlangsung 22 hingga 24 Mac ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) mengumumkan penyertaan RHB Banking Group (RHB) sebagai Penaja Platinum Eksklusif dalam Pameran MATTA (MATTA Fair) yang akan berlangsung pada 22 hingga 24 Mac ini di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur.

Sehubungan itu juga, RHB menawarkan promosi kad menarik, tawaran berkaitan perjalanan, eksklusif diskaun dan tawaran pendaftaran istimewa.

Presiden MATTA, Nigel Wong berkata, kerjasama berkenaan menunjukkan komitmen bersama kedua-dua pihak terhadap inovasi, kepuasan pelanggan, dan pertumbuhan perjalanan dan industri pelancongan.

"Kami berbesar hati mengalu-alukan Kumpulan Perbankan RHB sebagai Penaja Platinum Eksklusif kami.

"Kami berhasrat untuk meningkatkan pengalaman perjalanan untuk pengembara dan perlancong," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sementara itu, Pengarah Urusan Perbankan Komuniti Kumpulan RHB, Jeffrey Ng Eow Oo berkata, RHB sangat teruja untuk kembali ke MATTA Fair, demi memenuhi komitmen untuk memperkukuh industri perhotelan dan pelancongan pada tahun ini.

"Kami bercita-cita untuk mengubah aspirasi perjalanan ini menjadi realiti dengan menawarkan tawaran menarik dan penyelesaian yang lancar.

"Selain itu, Kad Debit/-i Visa Pelbagai Mata Wang RHB kami yang popular adalah teman terbaik perjalanan, membolehkan pelanggan berurus niaga dengan lancar dalam 32 mata wang asing tanpa penukaran yuran," katanya.

Artikel Berkaitan:

Kad Debit/-i Visa Pelbagai Mata Wang RHB ialah salah satu kad debit terlaris RHB, merekodkan pertumbuhan yang teguh dengan 23 peratus tahun ke tahun 'YOY' dalam pangkalan pengguna dan lonjakan 72 peratus YOY yang kukuh dalam perbelanjaan pada tahun 2023.

Kad unik ini memberi kuasa kepada pelanggan untuk menguruskan urus niaga mata wang yang pelbagai, termasuk perbelanjaan runcit luar negara dalam mata wang pilihan mereka, tanpa dikenakan caj tambahan.

Selain itu banyak lagi hadiah menarik sepanjang Pameran MATTA, termasuk pengunjung boleh mengambil peluang eksklusif untuk memohon Kredit Visa RHB Sukan Olimpik Paris 2024 edisi terhad, Kad/-i dan Kad Debit Visa Pelbagai Mata Wang/-i semasa pameran tersebut.

Dengan berbuat demikian, orang ramai berpeluang memenangi tajaan perjalanan ke Sukan Olimpik Paris pada Julai 2024 apabila menggunakan kad RHB untuk urus niaga.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!