Kereta terjunam dari parkir bangunan, pemandu wanita cedera

Anggota bomba menjalankan kerja menyelamat mangsa dalam kejadian dekat sebuah bangunan di Jalan P Ramlee di Kuala Lumpur pada Jumaat.
Anggota bomba menjalankan kerja menyelamat mangsa dalam kejadian dekat sebuah bangunan di Jalan P Ramlee di Kuala Lumpur pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang wanita nyaris maut apabila kenderaan dipandunya merempuh tembok sebelum terjatuh dari ruangan parkir dekat sebuah bangunan di Jalan P Ramlee di sini pada Jumaat.

Komander operasi, Pegawai Bomba Kanan II Khairul Azha Rifin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan memaklumkan mengenai kejadian pada jam 1.05 petang.

Sehubungan itu katanya, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Tun Razak dibantu BBP Pudu bersama jentera digerakkan ke lokasi kejadian.

"Kejadian melibatkan sebuah kereta dalam keadaan terbalik dan bahagian bumbungnya remuk," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta berkenaan melanggar tembok penghadang sebelum terjatuh.

"Kereta terbabit dipercayai terjatuh dari tingkat satu tempat letak kereta bangunan berkenaan melibatkan seorang mangsa berumur 28 tahun," katanya.

Akibat kejadian itu katanya, mangsa mengalami kecederaan di kepala dan lutut.

Menurutnya, mangsa diserahkan kepada pihak ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.

Artikel Berkaitan:

"Siasatan punca kejadian dan tindakan selanjutnya diserahkan kepada pihak polis," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!