17 kenderaan khas mantapkan operasi SPRM
PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan 17 buah kenderaan khas atau Special Purpose Vehicle (SPV) dalam usaha memantapkan lagi operasi organisasi itu di seluruh negara.
Kesemua aset terbaharu tersebut dari jenama Weststar Maxus V80 telah dihasilkan dalam tempoh tiga bulan bertujuan membawa Orang Kena Tahan (OKT).
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, SPV yang dilengkapi dengan sistem teknologi terkini ini merupakan kenderaan pertama diguna pakai oleh agensi penguatkuasaan dalam negara.
“SPV ini telah difabrikasi dengan ciri-ciri keselamatan dari segi pengiringan OKT ke mahkamah selain dilengkapi dengan sistem pengawasan kamera litar tertutup (CCTV) yang canggih dengan sistem kamera 360 darjah.
“Sistem CCTV ini boleh dipantau secara terus dari ibu pejabat walaupun kenderaan tersebut berada di negeri," pada majlis Penyerahan Kenderaan SPV SPRM di Kelab Tasik Putrajaya di sini pada Jumaat.
Azam berkata, pada masa yang sama, SPV turut dilengkapi dengan alat pengesan GPS sebagai langkah keselamatan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.
Tambah beliau, antara lain sistem teknologi yang terdapat pada SPV ini ialah sistem komunikasi berpusat, walkie talkie dan run-flat tyre.
Dalam pada itu, ujar Azam lagi, daripada 16 buah tersebut, 14 akan diserahkan kepada setiap negeri dan dua lagi akan ditempatkan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, manakala sebuah lagi kenderaan persenjataan akan diserahkan kepada Bahagian Keselamatan bagi kegunaan Cawangan Persenjataan bertujuan pengangkutan senjata dan peralatan berkaitan.
Selain itu, dengan adanya pengagihan SPV ini ke SPRM negeri seluruh negara, ia akan membantu menyelesaikan masalah kekurangan kenderaan yang sesuai untuk digunakan sebagai kenderaan membawa OKT ke mahkamah.
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
@sinarharianonline 17 kenderaan khas mantapkan operasi SPRM #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Nasional #SPRM #Kenderaan #Kereta #Operasi #SPV #OKT
Mission Impossible Theme (Movie Trailer Mix) - Dominik Hauser
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!