Putus badan dibaham buaya ketika memancing
TAWAU - Mayat seorang lelaki ditemui separuh badan tanpa dua belah kaki dan tangan kanan dipercayai dibaham buaya ditemukan di Sungai Kalumpang dekat sini pagi tadi.
Penolong Kanan Penguasa Bomba dan Penyelamat Tawau Sharudy Delamin ketika dihubungi berkata, mayat mangsa yang dikenali sebagai Binyojinnul Umur, 36, ditemukan kira-kira 10.20 pagi tadi.
Binyojinnul dilaporkan hilang petang semalam ketika memancing di sungai berkenaan.
Sharudy berkata, mayat mangsa ditemukan di muara anak sungai berkenaan kira-kira 600 meter dari lokasi dia dipercayai hilang.
"Balai Bomba dan Penyelamat Tawau menerima panggilan kecemasan pada 4.43 petang semalam dan operasi mencari dan menyelamat digerakkan," katanya.
Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!